http://alvankechik.blogspot.com/

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday 28 November 2011

SELUAR DALAM LELAKI..!!



ok2 ..jgn gelak lebih sgt ok ?
ini bukan entri lucah and ini adalah kebenaran yg normal..

adalah hamba ini bertanya yg dia xsuka pakai seluar dalam …dan dia bertanyakan tak pe ke xpakai kpd Dr. Sakit Tuan ..

Dan ini jawapan DR kepada penanya :
Jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala. Bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.
Kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau ‘spermatic cord’ yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.
Apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung.
Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku ‘pandangan’ mata sudah mencukupi.
Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa ‘subur’nya mereka.

Dr. Ismail Thamby
Doktor Sakit Tuan

notakaki# Seluar dalam dicipta oleh Yahudi untuk mengurangkan kesuburan umat Islam. Ini satu konspirasi yang jahat dalam usaha untuk melumpuhkan kekuatan mujahidin.
Janganlah lagi kita memakai seluar dalam.
menjaga kesuburan dan menghasilkan ramai lagi umat Islam yg berguna .

Thursday 17 November 2011

SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 26




SENARAI 30 LAGU SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 26 18 NOVEMBER 20111

1.      Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2.      Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3.      Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4.      Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5.      Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6.      Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7.      Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8.      Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9.      Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10.    Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11.    Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13.    Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14.    Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15.    Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16.    Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18.    Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22.    Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23.    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24.    Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25.    Aku Permata oelh Salma (Taja/Tun Teja)
26.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27.    Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28.    Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30.    Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)


Muzik-muzik separuh akhir 26 ini anda boleh tonton secara langsung di TV3 pada 18 november jam 21.00 malam...

Friday 4 November 2011

Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung. !!





LONDON - Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.

Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

"Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya," kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. - Agensi



* Sumber